BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 5 February 2014

Celoteh.

Assalamualaikum duniaaaa :)

Biasalah kan, lame tak menulis then mari lah idea. Rase cam nak menulis. Dan sekarang, Aku tengah tekan keyboard komputer. Too much perkara yang berlaku. Banyak yang boleh dijadikan tauladan.

So, sila baca ye. Yang mane baik, amik. Yang mane buruk, tinggalkan. Sebabnye, segala yang baik, datang dari-NYA and segala yang buruk datang dari diri ini sendiri.

Topik yang ingin diketengahkan ini bukannye topik baru. Dah lame dan masih tetap berlaku hari ni. Dan rase nye sampai ke hari akhir bumi ini, perkara ini akan terus terjadi. Astaghfirullah hal azim.

Remaja zaman sekarang, termasuk Aku and mereka yang berusia antara 13 hingga 20 ramai jadikan benda tuh sebagai trend. Macam la takboleh hidup kalau takbuat benda tuh. Lupa ke? Awak semua hidup berbekalkan oksigen. Yang diberikan percuma oleh-NYA kepada hamba-hamba-NYA ni.

Okay, okay. Nak gi straight kepada apa yang aku nak celoteh kan hari ni. It is all about C O U P L E.

Uh, huh! Maaf ehh kalo kata-kata aku lepas ni boleh mnyebabkan para pembaca nak marah. Benda ni trend kan sekarang? Budak-budak pun reti.

Ramai yang tahu Couple ni haram. Tapi, masih ramai yang buat. Yang ikut. Tambah-tambah pulak dah masuk bulan Februari ni. Mesti dah fikir pasal Hari Valentine. Adoyaiii, bulan sepuluh nanti, beribu-ribu lah anak luar nikah. Astaghfirullah.

Ehemm, ade antara kawan aku sendiri yang cakap, "Aku kapel ngan dia memang niat nak kawen je. Ikut lah pape jadi, memang aku nak kawen ngan dia." Oii cik kak, awak ke yang aturkan jodoh awak sendiri? Semua tu dah tertulis lah kat Luh Mahfuz.

Lagi pula, kalo lelaki tuh betol-betol sayang awak, takkan lah dia boleh ajak kapel. Nampak sangat dia tak sayang awak. Buktinya, dia nak jauhkan awak dari Allah dengan berkapel. Or awak nak katekan, dia selalu ingatkan awak pasal solat, puasa etc? Kalo macam tuu, mesti dia sendiri akan jaga hubungan dia dengan Allah which is tak mungkin dia ajak awak kapel.

Nampak tak permainannya kat situ? Jangan nanti para lelaki ni buat bagai habis madu sepah dibuang sudahlah. Nasik dah jadi bubur takboleh nak tukar jadi nasik balik. Kena masak yang lain lah jawabnya. Tak nampak lagi?

Tengok sini 17:32 :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Kalo awak nak cakap, "Kapel je, bukan zina pun." Eh, eh cuba tengok balik terjemahan ayat di atas, 'janganlah kamu MENGHAMPIRI zina'. Kapel tu, salah satu cara nak dekatakan diri pada zina lah tu.

Duhai lelaki, kalo betol-betol sayangkan perempuan tuu, jangan mintak kapel. Pergilah ke rumahnya, bertemu dengan kedua ibu-bapanya. Mintak izin nak buat jadi isteri. Then, no direct contact with her. Kalo pape, contact mak ayah dia. Takpun, bagitau mak ayah korang suruh bagitau dia. Susah?

Memanglah. Sebabnya, jalan ke syurga dipenuhi dengan duri. Manakala jalan ke neraka dipenuhi nafsu syahwat. Sebab tuu susah sebab penuh duri. Kita kan same-same nak masuk syurga.

Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Beramal dengan ilmu. Ni sedikit sebanyak je yang aku boleh share. Till next time, insyAllah.

Assalamualaikum.

fsi.060214.

Tuesday, 21 January 2014

Sahabat ;D

Assalamualaikum. Selamat pagi :)

Kesejukan melanda walaupun dah hampir pukul sebelas pagi. Macam duduk luar Malaysia jeh.

Dan di pagi yang matahari dah naik hampir ke atas kepala nih, Fami nak share something. Mesti, setiap orang akan ada sahabat kan? Tak kira perempuan ke, laki ke, mesti ada. Kan? So here, meh2. Bace and scroll ke bawah. Bace sampai habis.


Doa Rabitah.
Khas buat sahabat-sahabatku. Walau di mana anda berada. Moga masih dalam linkungan rahmat-NYA.

Khususnya, Fami tulis nih buat sahabat-sahabat satu batch. 

Zealous Army 0913.

Kata-kata Imam Ghazali yang mulia, "ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doa." [Credit to Izzatul Najwa, Menyentuh hatiku. Terima kasih Mc'Vaa :)]

Lagiii,
"Kalau ada antara sahabatku yang terjatuh ke dalam neraka, akanku terjun ke dalam neraka dan menariknya keluar agar kami dapat sama-sama berjalan ke syurga." [Credit to Hilal Asyraf, novel Matahari.]

"Sahabat umpama sayap burung. Yang akan membawa burung tersebut ke destinasi yang di tuju, yakni syurga ALLAH." [Hilal Asyraf lagii.]

Sahabat. Cermin kepada diri kita. Baik sahabat kita, baik lah diri kita. Dan begitulah sebaliknya.

Sahabat juga yang muncul saat kita berada paling bawah. Hanya mereka yang akan terus setia di sisi kita. Kawan? Senang bersama ketika senang. Susah bersama ketika susah. Tapi sahabat? Tak kira anda senang atau susah. Mereka tetap ada.

Allah juga hadirkan sahabat-sahabat yang baik jika kita ingin pulang ke pangkal jalan. Tapi, kalau Allah uji kita dengan kawan-kawan baru yang bermasalah, maknanya, Allah ingin melihat sejauh mana kebergantungan kita kepada-NYA.

Mereka yang dipanggil sahabat juga adalah orang yang apabila kita bercakap dengannya, mengingatkan kita pada-NYA.

Sahabatkuu, andai diri ini jatuh, pimpinlah daku. Dekatkan daku pada-NYA.

Sahabatkuu, jika dirimu bermasalah, datanglah kepadaku. Andai diberi kekuatan oleh-NYA, akan ku bantu dirimu. InsyALLAH.

Ya Allah, peluklah hati sahabat-sahabatku. Terutama, ahli-ahli batch Zealous Army. Kekalkan ukhwah antara kami.

Ingatlah sahabat-sahabatku, Aku Menyayangi Kalian. Sangat menyayangi. Terima kasih atas ilmu dan pengajaran yang kalian kongsikan. Semoga persahabatan kita membawa ke syurga Allah.

Amiin.

Ikhlas, Farah Syamimi Ismail.
Zealousian 0913.

Assalamualaikum.
Moga Allah memberkati kamu yang menjengah ke blog ini ;)

Sunday, 19 January 2014

Lapan Belas.

Assalamualaikum duniaaaa ;)

Nak tahu tak?

Pemilik blog ni a.k.a saya a.ka Fami a.k.a Farah Syamimi binti Ismail dah jadiii



Jyeaaaah! I'm eighteen since tiga hari lepas, 17JANUARI2014.

Thanks Umi and Aboh for raising me. Until I can be this tall and this big! Sihat walafiat. Alhamdulillah.

Thanks Allah, The Almighty. For giving me the chance. Masih ada masa. Nak berubah. Nak kembali kepada fitrah.

"..Nikmat yang manakah yang kamu dustakan?.." ( Surah Ar-Rahman. Ayat 13)

Astaghfirullah. Ambik mase kejap. And say ALHAMDULILLAH.

Alhamdulillah Ya Allah, for this life.
Alhamdulillah Ya Allah, for giving me the chance.
Alhamdulillah Ya Allah, for the strength, for lovely family, for great friends.
Alhamdulillah Ya Allah, for the air, water, shelter, health.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Lastly, Allah always the best planner.

Gotta go.

Assalamualaikum.
Budak yang bertambah umur, fsi :)

Merapu Meraban

Assalamualaikum guys ;)
Long time tak jenguk blog nih.

Mane bulu ayam haaa? Nak sapu sikit. Berhabuk kemain neh. Mak aiii.

I'm back! Nak merapu meraban. Nak sibukkan diri dengan keje lain. Nak belajar melupakan perkara-perkara yang tak penting. Nak fokus dengan matlamat hidup. Nak kahwin. Haaaaaa? Okey. Fami just tulis apa yang terlintas je. Ngeee.

Kepuasan. Kebosanan. Keboringan.
Got that? Aihh, sebulan lebih dah ade kat rumah doing nothing. Nak keje? Memang tak lah. Aboh takkan kasi. Tuu lah Fami! Dulu Aboh nak hantar masuk kelas english, taknak! Kate nye nak enjoy duduk rumah sebab selalu tak lekat dekat rumah. Sekarang? -.-'

Eh, apa hati nih? Nak merepek kat diri sendiri pulaaaak. Olalala. Berhenti. Stop! Hish, bergaduh pulak dah hati ngan akal nih. Berat nanang. Macam tuan dia laa.

Kepala tengah kemana entah ni. Bingung.

Kejaaaap. Kepala Fami still je terletak elok kat atas leher. Apa pasal lah melalut. Again, kejaaaap. Memang lah melalut. Sebab tajuk pun merapu meraban.

Sebenarnye, Fami bosaaaaaaan je. Tuu je sebab kenapa nak merapu meraban nih.

Heeee, takpe lah dulu.

Assalamualaikum.
Me, FSI. 18th :)

Tuesday, 3 December 2013

US....anokanok Umi & Aboh ;)

Assalamualaikum duniaaa. Very good morning. Chilly.


Haaaa, today gonna type out all about anokanok umi and aboh.

Which are taklain takbukan, adik beradik Fami :)

Okay. Like other people. Kami dilahirkan dengan keistimewaan, kelebihan, kekurangan dan kelemahan masingmasing. Orang lain pun macam tuh jugak. There's nobody perfect. kalau ade yang perfect pun, itu tak real. Kan?

Hmm, mestilah dalam any family akan berlaku variation kan? Sebab, mase crossing over berlaku time prophase 1, tak semua orang dapat genetic yang sama. Dengan random fertilisation nye. Exchange of genetic material bagai lah. Dapat lah kami enam beradik dikeluarkan setelah 9bulan 10hari dalam kantung rahim ibunda tercinta.

Sekarang, alhamdulillah. Anokanok umi dan aboh ni, besorbesor doh. Paling kecik pung, tingkatan duaa doh. Hok tuu hok youngest. Studies at Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu. Tempat di mane bekas tinggalan reban ayam sewaktu Aboh bekerja di Kuala Berang dahulu. And, she is just like me. Main hoki jugak. Tapi, dia punye keyakinan diri lagi tinggi kot. She did take part dalam acara berbalas pantun, debat and so on yang sewaktu dengan nye. Also, dia jadik Pembimbing Rakan Sebaya next year.

Haaa, then I have a younger brother. Beza umur kami setahun tujuh bulan. Paling rapaaaaat! Apa yang paling Fami ingat pasal dia ialah, dia cakap, "Orang lain masuk sekolah menengah dengan pelbagai sijil. Aku masuk sekolah menengah dengan sijil cuti sakit je." Haha. Tapitapi, tengoklah pencapaian nye sekarang make my parents proud of him much! Dia jadi KETUA PELAJAR untuk sesi 2014. Woahh. Being a prefect since 2012.

Lepas tuu, I have two elder sisters. Yang sulung, dan yang ketiga. Okayh. Hmm, yang sulung now ade dekat Nottingham. Aboh and umi are very proud of her lah. Suri teladan yang sangat baik kepada adikadik. Ambik course medic and now successfully a doctor! Tapi, dia keje kat sane. Dia kate, paling lame pun dua tahun je dia akan keje kat sane. Then baru balik Malaysia. Nak cari pengalaman kate nye lagi. Huuu. A bit of jealousy. Tapi, yang best nye, every time she got back home, Fami and adik beradik akan dapat banyak chocolate. Yeahh. Dia budak MRSM Pendang then form 4 and form 5 di MARA PC. Kalau taksilap, my sister pun pernah jadik pengawas.

The third one tuuh, sentiasa menjadi kebanggaan dalam bidang akademik! Mase UPSR, she got no 12 dalam Malaysia dan sekaligus melayakkan diri ke Sekolah Seri Puteri. Dekat sane pun, memang dia duduk top ten je lah. Hishh, jealous! Dalam SPM pun, dia score 8A+ 1A. Huh! Sekarang nih dia ade kat rumah. Cutii. Belajar di Sunway College. Kakak Fami yang nih, dari kecik sampai besar, jadik librarian je.

My big brother. Dah jadiik engineer dah. Alhamdulillah, rezeki dan berkat doa kedua ibu bapa kamii. Sebelum grad lagi, keje dah menunggu. Best nye. Aboh kate, kalu semua anok aboh macam ni, Alhamdulillah. Abang pulak bekas budak MRSM Kuala Berang. Pernah jadik biro disiplin. Mungkin sebab tuh laa kot abang Fami nih garang duluu. Heee, Fami doakan abang Fami stay together with Kak Wydaa :')

Lastly, it is me. Anak keempat daripada enam beradik. Tak begitu menonjol dalam akademik tetapi dalam kokurikulum, Fami buat umi dan aboh bangge :) Aboh and umi support me in every single thing. And, Alhamdulillah again. Rezeki Allah. Berjaya melayakkan diri ke Sekolah Menengah Sains Machang walaupun pada ambilan kedua. Dan jugak, diri ini telah terpilih menjadi prefect serta menjadi penolong ketua rumah kuning. Kalau dalam kokurikulum, Alhamdulillah telah mendapat peluang menyertai dan berada di Sukan Malaysia ke - 15.

Paling last, Fami sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini. Sangat menyayangi umi dan aboh! Sangat menyayangi adik beradik Fami. They are awesome!

Setakat itu saje lah dulu.

Kbyee.

Assalamualaikum.
*Anok Cik Wei ngan Kak Joh*

:) <3!