Assalamualaikum dan selamat pagi :)
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas.
Macam mana nak mulakan ya? Hmm, just jujur aku katakan, apa yang aku tulis ini sepatutnya diamalkan oleh mereka yang beragama Islam.
Bukan nya aku tak marah kalau Non-muslin mengata orang Islam nih terrorist. Mengata Muslim yang menyebabkan MH370 terhempas. Mengata Muslim yang menyebabkan kejadian di WTC dulu.
Marah.
Tapi, ingatkah kamu akan hadis ini?
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Berilah aku wasiat”. Beliau menjawab, “Engkau jangan marah!” Orang itu mengulangi permintaannya berulang-ulang, kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Engkau jangan marah!” [HR al-Bukhâri].
Nabi berpesan kepada kita. Janganlah kamu marah.
Kenapa tidak kita terbalikkan perasaan amarah yang negatif itu kepada suatu yang positif. Kenapa tidak kenalkan mereka kepada Allah? Mereka marah, kita kena stay tenang. Tenang di sini bukan nya brmaksud abaikan mereka. Kita sepatutnya mengatur strategi bagi menarik minat mereka untuk lebih mengenali Allah. Lebih mengenali agama Islam yang sempurna. Bukan nya kita pun nak bash mereka.
Jika kita mengamalkan sikap marah, macam mana kita nak sebarkan syiar Islam sedangkan kebanyakan kita bersikap seperti mereka? Ingat, iman kita terpancar pada akhlak yang mulia. Jangan sehingga mereka yang tidak beragama Islam ini menganggap kita sama seperti mereka disebabkan sikap negatif yang ada pada diri kita.
Seperti contoh sirah Nabi Muhammad, yang mana setiap bagi Baginda menyuap seorang yahudi makan walaupun orang yahudi tersebut sentiasa menghina dan mencaci Baginda. Berkat kesabaran dan akhlak terpuji Baginda akhirnya menyebabkan orang yahudi tersebut memeluk Islam setelah kewafatan Baginda.
See? Baginda tidak pernah marah pada orang yahudi tersebut. Sebab itulah, bila orang buat baik, kita balas baik. Bila orang buat jahat, kita tetap kena balas baik.
"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (99:7 - Surah Al-Zalzalah)
"Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (99:8 - Surah Al-Zalzalah)
Ingatlah, Dia sentiasa melihat, Dia sentiasa menyaksikan kita. Yakin dan percayalah dengan-NYA!
Aku karangkan ini supaya kamu berfikir. Allah bagi kita akal untuk berfikir. Jangan disebabkan sikap kita, syiar Islam tidak dapat disebarkan. Fikir-fikirkanlah.
Semua yang baik datang dari Allah. Ambil yang positif saja ye :)
Terima kasih.
Assalamualaikum! :D
Saturday, 8 March 2014
Just.......read this..
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 17:38 0 comments
Wednesday, 5 February 2014
Celoteh.
Assalamualaikum duniaaaa :)
Biasalah kan, lame tak menulis then mari lah idea. Rase cam nak menulis. Dan sekarang, Aku tengah tekan keyboard komputer. Too much perkara yang berlaku. Banyak yang boleh dijadikan tauladan.
So, sila baca ye. Yang mane baik, amik. Yang mane buruk, tinggalkan. Sebabnye, segala yang baik, datang dari-NYA and segala yang buruk datang dari diri ini sendiri.
Topik yang ingin diketengahkan ini bukannye topik baru. Dah lame dan masih tetap berlaku hari ni. Dan rase nye sampai ke hari akhir bumi ini, perkara ini akan terus terjadi. Astaghfirullah hal azim.
Remaja zaman sekarang, termasuk Aku and mereka yang berusia antara 13 hingga 20 ramai jadikan benda tuh sebagai trend. Macam la takboleh hidup kalau takbuat benda tuh. Lupa ke? Awak semua hidup berbekalkan oksigen. Yang diberikan percuma oleh-NYA kepada hamba-hamba-NYA ni.
Uh, huh! Maaf ehh kalo kata-kata aku lepas ni boleh mnyebabkan para pembaca nak marah. Benda ni trend kan sekarang? Budak-budak pun reti.
Ramai yang tahu Couple ni haram. Tapi, masih ramai yang buat. Yang ikut. Tambah-tambah pulak dah masuk bulan Februari ni. Mesti dah fikir pasal Hari Valentine. Adoyaiii, bulan sepuluh nanti, beribu-ribu lah anak luar nikah. Astaghfirullah.
Ehemm, ade antara kawan aku sendiri yang cakap, "Aku kapel ngan dia memang niat nak kawen je. Ikut lah pape jadi, memang aku nak kawen ngan dia." Oii cik kak, awak ke yang aturkan jodoh awak sendiri? Semua tu dah tertulis lah kat Luh Mahfuz.
Lagi pula, kalo lelaki tuh betol-betol sayang awak, takkan lah dia boleh ajak kapel. Nampak sangat dia tak sayang awak. Buktinya, dia nak jauhkan awak dari Allah dengan berkapel. Or awak nak katekan, dia selalu ingatkan awak pasal solat, puasa etc? Kalo macam tuu, mesti dia sendiri akan jaga hubungan dia dengan Allah which is tak mungkin dia ajak awak kapel.
Nampak tak permainannya kat situ? Jangan nanti para lelaki ni buat bagai habis madu sepah dibuang sudahlah. Nasik dah jadi bubur takboleh nak tukar jadi nasik balik. Kena masak yang lain lah jawabnya. Tak nampak lagi?
Tengok sini 17:32 :
Duhai lelaki, kalo betol-betol sayangkan perempuan tuu, jangan mintak kapel. Pergilah ke rumahnya, bertemu dengan kedua ibu-bapanya. Mintak izin nak buat jadi isteri. Then, no direct contact with her. Kalo pape, contact mak ayah dia. Takpun, bagitau mak ayah korang suruh bagitau dia. Susah?
Memanglah. Sebabnya, jalan ke syurga dipenuhi dengan duri. Manakala jalan ke neraka dipenuhi nafsu syahwat. Sebab tuu susah sebab penuh duri. Kita kan same-same nak masuk syurga.
Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Beramal dengan ilmu. Ni sedikit sebanyak je yang aku boleh share. Till next time, insyAllah.
Assalamualaikum.
fsi.060214.
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 21:32 0 comments
Tuesday, 21 January 2014
Sahabat ;D
Assalamualaikum. Selamat pagi :)
Kesejukan melanda walaupun dah hampir pukul sebelas pagi. Macam duduk luar Malaysia jeh.
Dan di pagi yang matahari dah naik hampir ke atas kepala nih, Fami nak share something. Mesti, setiap orang akan ada sahabat kan? Tak kira perempuan ke, laki ke, mesti ada. Kan? So here, meh2. Bace and scroll ke bawah. Bace sampai habis.
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 20:22 0 comments
Sunday, 19 January 2014
Lapan Belas.
Assalamualaikum duniaaaa ;)
Nak tahu tak?
Pemilik blog ni a.k.a saya a.ka Fami a.k.a Farah Syamimi binti Ismail dah jadiii
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 17:57 0 comments
Merapu Meraban
Assalamualaikum guys ;)
Long time tak jenguk blog nih.
Mane bulu ayam haaa? Nak sapu sikit. Berhabuk kemain neh. Mak aiii.
I'm back! Nak merapu meraban. Nak sibukkan diri dengan keje lain. Nak belajar melupakan perkara-perkara yang tak penting. Nak fokus dengan matlamat hidup. Nak kahwin. Haaaaaa? Okey. Fami just tulis apa yang terlintas je. Ngeee.
Kepuasan. Kebosanan. Keboringan.
Got that? Aihh, sebulan lebih dah ade kat rumah doing nothing. Nak keje? Memang tak lah. Aboh takkan kasi. Tuu lah Fami! Dulu Aboh nak hantar masuk kelas english, taknak! Kate nye nak enjoy duduk rumah sebab selalu tak lekat dekat rumah. Sekarang? -.-'
Eh, apa hati nih? Nak merepek kat diri sendiri pulaaaak. Olalala. Berhenti. Stop! Hish, bergaduh pulak dah hati ngan akal nih. Berat nanang. Macam tuan dia laa.
Kepala tengah kemana entah ni. Bingung.
Kejaaaap. Kepala Fami still je terletak elok kat atas leher. Apa pasal lah melalut. Again, kejaaaap. Memang lah melalut. Sebab tajuk pun merapu meraban.
Sebenarnye, Fami bosaaaaaaan je. Tuu je sebab kenapa nak merapu meraban nih.
Heeee, takpe lah dulu.
Assalamualaikum.
Me, FSI. 18th :)
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 17:36 0 comments


