Assalamualaikum! Hi peep :)
So long tak update sebab tak boleh sign in blog ni kat phone :3
And that is the reason why I got this new blog : http://farahsyamiminine.blogspot.com/
Do come and visit that blog! Sebab blog ni macam lambat lagi je akan dibuka. Kemudahan nak update story terletak pada that blog. Even blog ni lagi cantik lagi lawa. Hmm.
If and only if aku dapat sign in blog ni kat phone aku lagi best!
And that is all :D
Currently doing keje ICT. Together with Ain Nabilah and Ainul Shuhada!
*fulfill kan Ain punya wish. Katanya nak name ditulis dalam blog aku. Padahal blog aku bukan ada pape*
Assalamualaikum!
p/s : jangan lupa lawat blog baru akuuuu :D
Tuesday, 11 November 2014
Sepuluh Minit Saja!
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 20:25 0 comments
Tuesday, 22 April 2014
One Word : BELIEVE.
Assalamualaikum wbt and a very good morning everybody. Hope that all of you are having a very nice day today :D So long that I haven't updated this blog.
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 21:04 0 comments
Sunday, 23 March 2014
Tips Oh Tips :)
Assalamualaikum and hi buddies!
Hope tak terlambat to congratulate all the SPM leavers for their result. CONGRATULATION! Sebab dah empat hari berlalu. Busy. Haha. Too much work to be done.
Masa untuk berfikir. Untuk course yang perlu di ambil. Pilihan tempat. Scholarship. Sponsorship. Tanya opinion seniors, sisters, brother, teachers and families. Semua opinion itu diambil kira. Yang baik mahupun yang buruk.
Well, sebenarnya kaaaaan. Result aku? Alhamdulillah yang teramat! Nak tahu ke? Biasa2 je. Macam orang lain. Ini semua rezeki yang ALLAH bagi :D
Nak tahuuu? Haha. Takpayah lah. Tak penting pun kay.
Sekarang ini harus difikirkan, ke mana harus kubawa diri ini? Langkah apa yang sepatutnya aku ambil untuk hari mendatang.
Ekshelli, kat sini kan aku nak lah jugak share tips aku study cemna. Study smart not study hard. This is serious talk! STUDY SMART not STUDY HARD. Kenapa dan mengapa?
Sebabnyaaaa, bila kita study smart kita nampak apa yang kita tak faham. Kita tahu apa yang kita taktahu. Bila study hard, kita akan study without perancangan. Eheh, jangan salah anggap. Ini pendapat gue semata-mata. Lain orang, lain gaya pemikiran. Jangan marah kalau ini tidak sama seperti yang anda fikirkan. *SENYUM*
Khas ditujukan bagi mereka yang sibuk dengan aktiviti di luar bilik darjah ketika hari persekolahan. Sebagai contoh, anda adalah seorang pemain bola yang hebat. Anda sentiasa meninggalkan PnP kerana terpaksa menghadiri latihan bagi mewakili daerah atau negeri. Oleh sebab itulah kan anda banyak ketinggalan.
Aku pun sama. Aku menulis ini berdasarkan pengalaman. So, mengikut apa yang telah aku lalui, tidur di dalam kelas adalah diharamkan. HARAM okay. Kalau tido, mana mungkin donk kamu dengar apa yang dibicarakan oleh guru-guru.
Menipu lah kan kalau tak mengantuk dalam kelas. Aku juga manusia biasa. Mengantuk itu normal. Espeshelli bila cikgu yang sedang mengajar itu bersuara lembut, perlahan seakan membuai tido. Arghh, hampir sampai ke tanah mimpi dibuatnya. Muahaha. Overdose je. JK.
Oleh yang demikian, bawaklah air mineral ke sekolah. Bukan untuk berbangga, tapi aku bawak air dua liter ke kelas. Ini serius! Mengantuk je minum air. Takpun, bawaklah gula-gula masuk kelas.
Habis dah bab mengantuk nehhh -.-'
Seterusnya, chewaaaah. Aku ni pemalu tauuu. Jarang2 je gi tanye cikgu. Dan ternyatalah ini bukan satu sikap yang baik kay. Tanye je laaa cikgu kalau takfaham. Konfem! Cikgu tak makan korang. Ngeheeee. Tapi, aku lebih suka tanye kawan :D Ini cara aku. Korang nak lebih faham, tanye la cikgu kaaaay? Sebab sebenarnya, bila kita tanya kawan, dia tak semestinya dapat 100% apa yang cikgu ajar.
Katakanlah, dia dapat 80%. Kalau korang tanye kawan korang, korang mungkin dapat peratusan yang lebih rendah (ini Umi yang bagitahu aku).
Di samping ituuuu, kerja rumah, kerja sekolah, latih tubi etc etc jangan buat tauu. Eh eh silap. Jangan LUPA buaaaaat. Dulu, sebab tak siap kerja laaa aku failed satu subjek nih. Selalu je kena bebel ngan cikgu. Malas, malas dan malas betul. Tapi, bila dah failed sekali tuuu, dalam hati aku, ini yang first dan ini yang last aku failed. And Alhamdulillah. Allah bagi rezeki aku lulus untuk exam yan seterusnya. Lulus - 40%.
Satu lagi kan, korang kena ingat lah. Belajar bukan sebab SPM. Kalau belajar sebab SPM, tak kemana ilmu yang dapat tuuu. Terus je aplikasi dalam kehidupan. Contoh la kan kalau korang nak study Biologi. Korang buat je eksperimen atas diri korang. Lebih mudah, cepat dan berkesan. Niatlah belajar tu kerana ALLAH. Belajar kan ibadah. Ilmu dapat, pahala dapat.
Yang penting, jaga hubungan dengan cikgu2, dengan kedua ibu bapa, dengan rakan2 sekeliling. Mintak maaf dan sentiasa memaafkan. Tak rugi pun! Untung ade :D Ini betul2 serius okaaaay!
Before habih sekolah nih, takpayah duk fikir jodoh, suami, isteri, anak lagi laaa ye budak-budak ye. Siapa yang rugi? Tunjuk pada diri kamu sendiri. Okay? Solat kena jaga. Bila solat dah terjaga, insyaALLAH, ALLAH jaga kamu dari segala kecelakaan, kemaksiatan :')
"Sampai di sini kisah kita. Jangan tangisi keadaan nya..."
Hahahaha. Okay babai bebeh! Jumpa lagi nanti.
Btw, pesanan last. Kita usaha. Lepas usaha, tawakkal. Mintak pada ALLAH. Sebab, sekuat mana pun kita usaha, kalau ALLAH kata belum masanya, kita kena redha :')
DIA lebih tahuuu. Senyum.
Assalamualaikum. See ya!
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 22:34 0 comments
Saturday, 8 March 2014
Sharing is Caring. I share because I care.
Assalamualaikum and good morning people :)
I wanna share something today. Hoping that it will be useful to you, people.
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
Dulu aku begitu sekarang aku begini. Aduhh, entri ku ini bukan nya untuk membuka pekung di dada. Tapi ku mahu berkongsi kisahku ku ini agar dijadikan pengajaran.
Moga Allah menyentuh hati kalian.
Aku yang dulu.
Couple? Aurat tak terjaga ngan baik? Solat dipandang ringan? Itu biasa bagi aku yang dulu. Sungguh. Andai mampu memutarkan balik waktu, aku tidak ingin memilih jalan itu.
Tetapi, kerana hal itu berlaku dalam hidupku menjadikan aku seperti hari ini. Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah.
Hari ini aku ingin menyentuh perkara yang mula2 sekali aku tulis which is 'couple'.
Hakikatnya, ramai yang tahu Couple itu hukumnya HARAM walaupun kamu berniat untuk menikahinya. Kenapa? Kerana Allah telah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 32 : Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya ia (zina) itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
Dulu, aku juga buta dengan mainan dunia. Sudah di ingatkan di dalam Al-Quran agar tidak menghampiri zina. Astaghfirullah. Kuatkan hatiku ya Allah. Biar cintaku hanya kepada-MU, Rasulku, kedua ibu bapaku serta sahabat-sahabatku buat masa sekarang.
Kerana apa? Kerana aku berfikir menggunakan akal yang diberikan oleh-NYA. Cuba tanya pada diri kamu (especially yang couple), "Macam mana kalau aku mati tanpa sempat bertaubat? Macam mana kalau aku mati dalam kekufuran?"
Adakah kamu merasa hidup kamu masih panjang? Fikirkanlah. Kita taktahu pun masa bila nyawa kita akan di ambil, di mana atau bagaimana. Dalam kemalangan kah? Dalam sujudkah? Kita tidak pernah tahu. Itu semua rahsia Allah.
Astaghfirullah T.T
Bertaubat lah sebelum terlambat. Sebelum nyawa berada di halkum. Sebelum matahari terbit dari barat. Allah tahu apa yang ada di hati kamu.
Aku ingin berterima kasih yang amat tak terhingga kepada sahabat-sahabatku yang setia di sisi diri ini walaupun ketika aku dalam kekufuran. Mereka sabar dengan aku. Ya Allah. Terima kasih kerana menghantar mereka sebagai temanku. Aku terpikat dengan sikap mereka yang jelasnya menarik minatku untuk kembali ke pangkal jalan.
Alhamdulillah. Allah telah membuka hatiku. Semoga Allah turut membuka pintu hati kalian.
Lagi, aku bukan ingin memburukkan sesiapa. Tetapi, kamu boleh ambil kisah di bawah ini sebagai pengajaran.
Pertama sekali, Allah berikan aku pengajaran berdasarkan pemerhatianku terhadap rakan-rakan di sekelilingku. X, bukan nama sebenar. X bukanlah dalam kalangan top 50, top 10 jauh sekali. Tapi kerana usahanya menjaga hubungan dengan Allah, aku dapat melihat X seorang yang cepat memahami apabila dia bertanya. Aku dapat lihat ketenangan di wajahnya. Betul, semua itu terpancar di wajahnya. Aku doakan agar sahabatku ini berjaya mendapat straight A plus.
Yang keduanya, S (bukan nama sebenar) juga bukanlah dari kalangan top 50 mahupun top 10. S seorang yang rajin bertanya. Tapi, soalan yang S tanya biasanya soalan yang sama. Aku nampak, S sukar untuk memahami apa yang di ajar oleh guru. Setelah ku selidiki, rupa-rupanya S seorang yang memandang ringan akan solat. Dan aku selalu nampak, S sukar untuk menerima if something bad happen. Tak ternampak ketenangan di raut wajahnya.
Nampak tak bagaimana orang yang menjaga hubungannya dengan Allah dan yang tidak menjaga hubungan dengan Allah?
Allahu rabbi.
Allah Tuhanku.
Yakin dan percayalah dengan-NYA!
Terima kasih sahabat-sahabatku! Nadia Syahira, Aisah, Al-Fatah, Nabila Faqihah, Shahirah Hafizah, Faiz Aimi, Mujahidah, Tuan Shahirah, Izzatul Najwa, Nuzul Fatihah, Syakilla, Raja Nuraini, Fatin Amirah, Syahidah, Atikah, Aiman Farid dan beberapa orang lagi.
Terima kasih untuk nasihat. Untuk teguran. Moga Allah menjaga kalian.
Assalamualaikum :)
Aku sayang sahabat-sahabatku!
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 19:07 0 comments
Just.......read this..
Assalamualaikum dan selamat pagi :)
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas.
Macam mana nak mulakan ya? Hmm, just jujur aku katakan, apa yang aku tulis ini sepatutnya diamalkan oleh mereka yang beragama Islam.
Bukan nya aku tak marah kalau Non-muslin mengata orang Islam nih terrorist. Mengata Muslim yang menyebabkan MH370 terhempas. Mengata Muslim yang menyebabkan kejadian di WTC dulu.
Marah.
Tapi, ingatkah kamu akan hadis ini?
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Berilah aku wasiat”. Beliau menjawab, “Engkau jangan marah!” Orang itu mengulangi permintaannya berulang-ulang, kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Engkau jangan marah!” [HR al-Bukhâri].
Nabi berpesan kepada kita. Janganlah kamu marah.
Kenapa tidak kita terbalikkan perasaan amarah yang negatif itu kepada suatu yang positif. Kenapa tidak kenalkan mereka kepada Allah? Mereka marah, kita kena stay tenang. Tenang di sini bukan nya brmaksud abaikan mereka. Kita sepatutnya mengatur strategi bagi menarik minat mereka untuk lebih mengenali Allah. Lebih mengenali agama Islam yang sempurna. Bukan nya kita pun nak bash mereka.
Jika kita mengamalkan sikap marah, macam mana kita nak sebarkan syiar Islam sedangkan kebanyakan kita bersikap seperti mereka? Ingat, iman kita terpancar pada akhlak yang mulia. Jangan sehingga mereka yang tidak beragama Islam ini menganggap kita sama seperti mereka disebabkan sikap negatif yang ada pada diri kita.
Seperti contoh sirah Nabi Muhammad, yang mana setiap bagi Baginda menyuap seorang yahudi makan walaupun orang yahudi tersebut sentiasa menghina dan mencaci Baginda. Berkat kesabaran dan akhlak terpuji Baginda akhirnya menyebabkan orang yahudi tersebut memeluk Islam setelah kewafatan Baginda.
See? Baginda tidak pernah marah pada orang yahudi tersebut. Sebab itulah, bila orang buat baik, kita balas baik. Bila orang buat jahat, kita tetap kena balas baik.
"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (99:7 - Surah Al-Zalzalah)
"Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (99:8 - Surah Al-Zalzalah)
Ingatlah, Dia sentiasa melihat, Dia sentiasa menyaksikan kita. Yakin dan percayalah dengan-NYA!
Aku karangkan ini supaya kamu berfikir. Allah bagi kita akal untuk berfikir. Jangan disebabkan sikap kita, syiar Islam tidak dapat disebarkan. Fikir-fikirkanlah.
Semua yang baik datang dari Allah. Ambil yang positif saja ye :)
Terima kasih.
Assalamualaikum! :D
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 17:38 0 comments
Wednesday, 5 February 2014
Celoteh.
Assalamualaikum duniaaaa :)
Biasalah kan, lame tak menulis then mari lah idea. Rase cam nak menulis. Dan sekarang, Aku tengah tekan keyboard komputer. Too much perkara yang berlaku. Banyak yang boleh dijadikan tauladan.
So, sila baca ye. Yang mane baik, amik. Yang mane buruk, tinggalkan. Sebabnye, segala yang baik, datang dari-NYA and segala yang buruk datang dari diri ini sendiri.
Topik yang ingin diketengahkan ini bukannye topik baru. Dah lame dan masih tetap berlaku hari ni. Dan rase nye sampai ke hari akhir bumi ini, perkara ini akan terus terjadi. Astaghfirullah hal azim.
Remaja zaman sekarang, termasuk Aku and mereka yang berusia antara 13 hingga 20 ramai jadikan benda tuh sebagai trend. Macam la takboleh hidup kalau takbuat benda tuh. Lupa ke? Awak semua hidup berbekalkan oksigen. Yang diberikan percuma oleh-NYA kepada hamba-hamba-NYA ni.
Uh, huh! Maaf ehh kalo kata-kata aku lepas ni boleh mnyebabkan para pembaca nak marah. Benda ni trend kan sekarang? Budak-budak pun reti.
Ramai yang tahu Couple ni haram. Tapi, masih ramai yang buat. Yang ikut. Tambah-tambah pulak dah masuk bulan Februari ni. Mesti dah fikir pasal Hari Valentine. Adoyaiii, bulan sepuluh nanti, beribu-ribu lah anak luar nikah. Astaghfirullah.
Ehemm, ade antara kawan aku sendiri yang cakap, "Aku kapel ngan dia memang niat nak kawen je. Ikut lah pape jadi, memang aku nak kawen ngan dia." Oii cik kak, awak ke yang aturkan jodoh awak sendiri? Semua tu dah tertulis lah kat Luh Mahfuz.
Lagi pula, kalo lelaki tuh betol-betol sayang awak, takkan lah dia boleh ajak kapel. Nampak sangat dia tak sayang awak. Buktinya, dia nak jauhkan awak dari Allah dengan berkapel. Or awak nak katekan, dia selalu ingatkan awak pasal solat, puasa etc? Kalo macam tuu, mesti dia sendiri akan jaga hubungan dia dengan Allah which is tak mungkin dia ajak awak kapel.
Nampak tak permainannya kat situ? Jangan nanti para lelaki ni buat bagai habis madu sepah dibuang sudahlah. Nasik dah jadi bubur takboleh nak tukar jadi nasik balik. Kena masak yang lain lah jawabnya. Tak nampak lagi?
Tengok sini 17:32 :
Duhai lelaki, kalo betol-betol sayangkan perempuan tuu, jangan mintak kapel. Pergilah ke rumahnya, bertemu dengan kedua ibu-bapanya. Mintak izin nak buat jadi isteri. Then, no direct contact with her. Kalo pape, contact mak ayah dia. Takpun, bagitau mak ayah korang suruh bagitau dia. Susah?
Memanglah. Sebabnya, jalan ke syurga dipenuhi dengan duri. Manakala jalan ke neraka dipenuhi nafsu syahwat. Sebab tuu susah sebab penuh duri. Kita kan same-same nak masuk syurga.
Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Beramal dengan ilmu. Ni sedikit sebanyak je yang aku boleh share. Till next time, insyAllah.
Assalamualaikum.
fsi.060214.
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 21:32 0 comments
Tuesday, 21 January 2014
Sahabat ;D
Assalamualaikum. Selamat pagi :)
Kesejukan melanda walaupun dah hampir pukul sebelas pagi. Macam duduk luar Malaysia jeh.
Dan di pagi yang matahari dah naik hampir ke atas kepala nih, Fami nak share something. Mesti, setiap orang akan ada sahabat kan? Tak kira perempuan ke, laki ke, mesti ada. Kan? So here, meh2. Bace and scroll ke bawah. Bace sampai habis.
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 20:22 0 comments
Sunday, 19 January 2014
Lapan Belas.
Assalamualaikum duniaaaa ;)
Nak tahu tak?
Pemilik blog ni a.k.a saya a.ka Fami a.k.a Farah Syamimi binti Ismail dah jadiii
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 17:57 0 comments
Merapu Meraban
Assalamualaikum guys ;)
Long time tak jenguk blog nih.
Mane bulu ayam haaa? Nak sapu sikit. Berhabuk kemain neh. Mak aiii.
I'm back! Nak merapu meraban. Nak sibukkan diri dengan keje lain. Nak belajar melupakan perkara-perkara yang tak penting. Nak fokus dengan matlamat hidup. Nak kahwin. Haaaaaa? Okey. Fami just tulis apa yang terlintas je. Ngeee.
Kepuasan. Kebosanan. Keboringan.
Got that? Aihh, sebulan lebih dah ade kat rumah doing nothing. Nak keje? Memang tak lah. Aboh takkan kasi. Tuu lah Fami! Dulu Aboh nak hantar masuk kelas english, taknak! Kate nye nak enjoy duduk rumah sebab selalu tak lekat dekat rumah. Sekarang? -.-'
Eh, apa hati nih? Nak merepek kat diri sendiri pulaaaak. Olalala. Berhenti. Stop! Hish, bergaduh pulak dah hati ngan akal nih. Berat nanang. Macam tuan dia laa.
Kepala tengah kemana entah ni. Bingung.
Kejaaaap. Kepala Fami still je terletak elok kat atas leher. Apa pasal lah melalut. Again, kejaaaap. Memang lah melalut. Sebab tajuk pun merapu meraban.
Sebenarnye, Fami bosaaaaaaan je. Tuu je sebab kenapa nak merapu meraban nih.
Heeee, takpe lah dulu.
Assalamualaikum.
Me, FSI. 18th :)
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 17:36 0 comments
Tuesday, 3 December 2013
US....anokanok Umi & Aboh ;)
Assalamualaikum duniaaa. Very good morning. Chilly.
Haaaa, today gonna type out all about anokanok umi and aboh.
Which are taklain takbukan, adik beradik Fami :)
Okay. Like other people. Kami dilahirkan dengan keistimewaan, kelebihan, kekurangan dan kelemahan masingmasing. Orang lain pun macam tuh jugak. There's nobody perfect. kalau ade yang perfect pun, itu tak real. Kan?
Hmm, mestilah dalam any family akan berlaku variation kan? Sebab, mase crossing over berlaku time prophase 1, tak semua orang dapat genetic yang sama. Dengan random fertilisation nye. Exchange of genetic material bagai lah. Dapat lah kami enam beradik dikeluarkan setelah 9bulan 10hari dalam kantung rahim ibunda tercinta.
Sekarang, alhamdulillah. Anokanok umi dan aboh ni, besorbesor doh. Paling kecik pung, tingkatan duaa doh. Hok tuu hok youngest. Studies at Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu. Tempat di mane bekas tinggalan reban ayam sewaktu Aboh bekerja di Kuala Berang dahulu. And, she is just like me. Main hoki jugak. Tapi, dia punye keyakinan diri lagi tinggi kot. She did take part dalam acara berbalas pantun, debat and so on yang sewaktu dengan nye. Also, dia jadik Pembimbing Rakan Sebaya next year.
Haaa, then I have a younger brother. Beza umur kami setahun tujuh bulan. Paling rapaaaaat! Apa yang paling Fami ingat pasal dia ialah, dia cakap, "Orang lain masuk sekolah menengah dengan pelbagai sijil. Aku masuk sekolah menengah dengan sijil cuti sakit je." Haha. Tapitapi, tengoklah pencapaian nye sekarang make my parents proud of him much! Dia jadi KETUA PELAJAR untuk sesi 2014. Woahh. Being a prefect since 2012.
Lepas tuu, I have two elder sisters. Yang sulung, dan yang ketiga. Okayh. Hmm, yang sulung now ade dekat Nottingham. Aboh and umi are very proud of her lah. Suri teladan yang sangat baik kepada adikadik. Ambik course medic and now successfully a doctor! Tapi, dia keje kat sane. Dia kate, paling lame pun dua tahun je dia akan keje kat sane. Then baru balik Malaysia. Nak cari pengalaman kate nye lagi. Huuu. A bit of jealousy. Tapi, yang best nye, every time she got back home, Fami and adik beradik akan dapat banyak chocolate. Yeahh. Dia budak MRSM Pendang then form 4 and form 5 di MARA PC. Kalau taksilap, my sister pun pernah jadik pengawas.
The third one tuuh, sentiasa menjadi kebanggaan dalam bidang akademik! Mase UPSR, she got no 12 dalam Malaysia dan sekaligus melayakkan diri ke Sekolah Seri Puteri. Dekat sane pun, memang dia duduk top ten je lah. Hishh, jealous! Dalam SPM pun, dia score 8A+ 1A. Huh! Sekarang nih dia ade kat rumah. Cutii. Belajar di Sunway College. Kakak Fami yang nih, dari kecik sampai besar, jadik librarian je.
My big brother. Dah jadiik engineer dah. Alhamdulillah, rezeki dan berkat doa kedua ibu bapa kamii. Sebelum grad lagi, keje dah menunggu. Best nye. Aboh kate, kalu semua anok aboh macam ni, Alhamdulillah. Abang pulak bekas budak MRSM Kuala Berang. Pernah jadik biro disiplin. Mungkin sebab tuh laa kot abang Fami nih garang duluu. Heee, Fami doakan abang Fami stay together with Kak Wydaa :')
Lastly, it is me. Anak keempat daripada enam beradik. Tak begitu menonjol dalam akademik tetapi dalam kokurikulum, Fami buat umi dan aboh bangge :) Aboh and umi support me in every single thing. And, Alhamdulillah again. Rezeki Allah. Berjaya melayakkan diri ke Sekolah Menengah Sains Machang walaupun pada ambilan kedua. Dan jugak, diri ini telah terpilih menjadi prefect serta menjadi penolong ketua rumah kuning. Kalau dalam kokurikulum, Alhamdulillah telah mendapat peluang menyertai dan berada di Sukan Malaysia ke - 15.
Paling last, Fami sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini. Sangat menyayangi umi dan aboh! Sangat menyayangi adik beradik Fami. They are awesome!
Setakat itu saje lah dulu.
Kbyee.
Assalamualaikum.
*Anok Cik Wei ngan Kak Joh*
:) <3!
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 19:38 0 comments
Saturday, 30 November 2013
Naaaaahh ;)
I was doing my usual activity that night - reading adventurous story and I was all forlorn in my vast bedroom. My parents went to my uncle's house that took almost an hour and a half to arrive. It was an ordinary chilly night like other night until suddenly the book that I read emitted a very bright, saffron light. In a blink of an eye, I saw another vista.
"Oh, no! What's happening?!" I asked myself.
My bedroom had changed! From the sky blue wall into a green, tall trees. From the white ceiling, into a very dark region of a comulunimbus clouds. No twinkling stars, only some light from the full moon that shone. I was flummoxed. I stood up and walked slowly into this immense forest. I did not know how huge it was and the aim I walked, letting my feet to carry my heavy body. Out of the blue, the hailstone fell. I ran to find a shelter and saw a dilapidated hut. I quickly walked towards it and fell into a deep slumber.
The morning rays penetrated through the canopy of leaves straight to my brown, sparkles eyes. The vast expanse of blue sky was dotted with magnolia white clouds forcing me to open my eyes. Yawned and stretched my arms and feet muscle until a voice touched my ears.
"Morning young boy! Had a sweet dream last night?"
"Huh?" I had butterflies in my stomach. It flew to every inch of my stomach. All sorts of terrible thoughts came up to torment me. Struck with fear at the horrible sight, I eschewed from him.
"Who...who are you?" My voice faltered. My heartbeat pounded wildly quickened with the pace of my footsteps. The adrenaline that passed through my body was now unbearable.
"Me? I am a dweller of this forest. Nicely named Chappelin. What about you? And..please don't be scared. I'm a human just like you." The man replied and grinned. His eyes lit up and he looked radiant.
"Oh, what a relief! So, can you help me to go back to my mansion? I am lost! By the way, I am Mark." The muscle on my cheeks contracted causing my lips to smile gleefully. I felt as if a huge weight being lifted off my shoulder.
Chappelin neglected and pursued doing the job which was postponed - served his breakfast with two big caterpillars that were squeezed into two green leaves and ate it just like swallowing a sandwich. Yucks! Then, the caterpillars' goo oozed from his broad mouth. He stood up and stared at me. He asked me to walk with him to get some water at the nearby river. I hauled my heavy legs towards him and followed him. After a five minutes' walk, I saw a very high waterfall and the water was crystal clear. Not wasting any time, I drank as much as I could to quench my thirst. Chappelin also helped me to get some fish as he knew that I would never eat the same breakfast as him as I was famished.
"Roar!"
Unfortunately, came a black-white stripes tiger. The tiger looked at me in glaring colours. I had the feeling that my knees could no longer hold the weight of my body. Adrenaline surged through the veins to all parts of the body. My palms were sweaty and cold sweat was trickling down my forehead. I became panic-stricken. What should I do? Questions kept running in my cerebrum. The last thing I saw before every thing became dark was Chappelin dashed towards the tiger and he was holding a dagger to murder the tiger in villain.
I did not know how long I fainted. Dizzy - my life was like slipping away. I fell to another place. Oh, no! What else this time. I made up my mind to just stay here, waiting for anybody who could bring me to my home. Suddenly, I felt the world was trembling, turning my spinal chord malfunctioned. I looked up and saw a colossal stomping towards me. My legs quivered in fear and my mouth grew dry. I had to bite my tongue to stifle a scream.
"Ouhh.. I can smell human. Where is that tin creature?" I heard the monstrous ogre monologued.
I hid behind a big rock and I did not realize that the ogre went back to its place to call upon his colony. At bristle, they encircled me also with some dwarfs. They tried to catch me. I quickly walked into a nearest hole under the rocks. I was not willing to take a look longer at those ogre. Their faces were very gruesome! In the meantime, I plucked dose of venturesome to put on my thinking cap on how to escape from all this disaster! My body had ran cold and sweat trickled off my eyelashes. My throat was parched and it became hard to breathe.
"Oh, God! Please...I beg You! Gimme some ideas on how I would escape from all this!" I lamented.
The giants kept trying to catch me vehemently. Luckily, there was a murky, silty river in the hole that I hid. In a split second, I dived into the river and held my breath. I could see they were pulling their socks up to the limit to get me. I did not know how long I could stand diving in this river. The oxygen in my lung was almost gone. No, I had to stay still. Died at this moment is not my destiny. I wanted to stay alive, abandoning my parents were totally absurd! Yes, I had to stay.
Almost seven minutes waiting in the water, they started to give up. They went away and lastly I could get up. Phuh, praise to God! I sat tiredly on a stone and mourned for this unfortunate journey. Loneliness, rage and bitterness filled my mind. A giant lump shot into my throat and tears crept in my eyes.
"Mark.. Mark.. Wake up!"
A familiar voice caught my ears. It was the sensation of birds chirping. I opened my eyes. Every single view was seen to be in tranquility until I heard my beloved mother babbling at me as I woke up late. I was on cloud nine because all the sad journey that I had gone through was just a nightmarish affair. Yeay!
Huuuuu. Letihh den menaip panjang2. Last2 siap jugak.. Ini sebenarnye, Fami punye preparation essay untuk SPM 2013. Heeee, kbyee.
Assalamualaikum.
Love, Famiiiii <3!
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 21:29 0 comments
Friday, 29 November 2013
FREEDOM...:)
Assalamualaikum semuaaa. Hai duniaaa. Hey peeps!
Could say nothing.. Just,
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 17:05 0 comments
Thursday, 15 August 2013
Betul ke dah nak trial?
Assalamualaikum Duniaaa :)
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 19:03 0 comments
Tuesday, 13 August 2013
Dia~
Assalamualaikum. Hai guys! Whatcha doin'?
Mesti lah tengah online kan? Kalu tak online takkan korang boleh baca Fami punyer entri nih kan? Haha. Buat lawak sendiri. Haaa, takde lah. I'm just bored. Study? Ahha, study komputer dulu. Ntah bile nak study buku pulak.
Okey. So here today, I'm gonna write about someone. Fami rase Fami dah pernah tulis pasal dia kat blog nih. Korang cari sendiri je lah yee? Heee, malas nak jenguk entry yang dah berhabuk tuuuh. Huhu. Eh, Cup! Fami tak mention pun kan lagi sape yang Fami nak bagitahu nih, so macam mane korang nak tahu, ye dak? Ish3, masalah sungguh dengan penulis nih pung. Haiyaaa. #Gaye macam Fami pernah tulis pasal ramai orang je kat blog yang dah quite brhabuk nih. Huhh!
Hmm, how's to start it? Just let begin. Err, wait! Mcam mane eh?
Dua hari yang lepas...
Ape yang kami tahu, Gaduh! Gaduh! Dan Gaduh saje!
Ouhhh. Sangat menyakitkann. Taktipuuu. Dia tuh tetiba jeh buat perangai. Ape pasal? Berasap jugak kita nih. Tapi last2 dia hantar mesej. Berbunyiii ( mesej pun boleh bersuara? chitt! )
Eh, alaa. Sory menghampakan korang. No more in my inbox. Dah terdelete kot. Takpe2. Teruskan bercerita. Sebenarnye, kami taktahu pun punca asal pergaduhan kami nih. Seriously taktahuu. Ulangan, taktahu. Tetibe jeh. Aishh, menyakitkan hati betul tahu tak?
Then2, petang kelmarin, sampai mesej nih :
And, and Fami? Of course lah terharu giler mase dapat text nih. Gile2 terharu kayh B) Tapitapitapi! Lepas tuh gaduh balik. Tak hengat sebab ape. For sure, it is really agonising.
Tapi, sekarang kami dah okayy. Okay!
Before nak okay tuh pun, teruk lagi kot. And satu fakta baru diketahui. Dia takboleh terima kalo girls marah dia. Err, dah tu Fami nak marah sape kalu gaduh ngan dia? Takkan nak gi baling kambing? ( ade kaitan ke kambing ngan kisah kami? *abaikan ) Hohoi , gilaaa!
Ntahapehapentah.
By the way, this is his picture with his sister.
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 22:57 0 comments
Saturday, 3 August 2013
Saje nak berceritaaa..
Assalamualaikum. Hai every one!
Long time no see y'all. Too much busy. Okay, cakap berbelit. Takk, sebenarnye Fami nak cakap dah lame tak menaip kat sini. Tersangat lah sibuk dekat sekolah terchentaa tuh. Berchentaa dengan bukuuu. SPM dah makin hampir. Tak sampai 100 hari dah. Lepas balik daripada cuti raya ni pun dah nak trial. Macam mane nak menghadapi trial tuh nanti? --. Dah lah soalan SBP. Hopefully, takde lah soalan yang hampir membunuh Fami and sahabat2 Fami yang nak exam tuh. But for sure nye, mesti korang tengah struggle gilaaa kan? Fami? Haha. Baca buku sekejap, ngadap komputer lebihhh. ;)
Hohokeyy, kali ni aboh dah tak merungut bila Fami dah berjaye bawak balik sijil akademik. HEHE. Before nih aboh selalu je membebel. My clear file penuh dengan sijil hoki je. Hehs, Fami berjaya jugak bawak balik sijil akademik walopum cuma untuk mata pelajaran teras. InsyAllah nanti Fami bawak balik dua2 dan insyAllah akan bertaip Anugerah Platinum pulakk. Hehe. Tapii, kene strive gegilaa laa kalu nak bawak balik sijil macam tuuuh. Kan? Fami niii pulak orangnyaa kurang rajin. Bukan malas. Kurang rajin je.
Hmm, di sebalik semua ituuu, still ade something sad. Okayy, tarikhnyaa 07th July 2013. That day, birthday Ika Syairani. One of my best buddies. Okay, kitorang sorokkan dia punyer henfon. Itu sajaa. Tapi last2, henfon dia, henfon Fami and beberapa orang lagi dirampas Warden. Okay, D-I-R-A-M-P-A-S. Arghhh! Dahlah dua2 fon Fami. Beli ngan duit sendirii kot wehh.
Huhhu, enough here. Btw, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. :*
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 19:33 0 comments
Thursday, 28 March 2013
Nak Menulis ..
Assalamualaikum.
Hye peepers. Good Morning. Bonjour :)
Pagi nih, Fami nak menulis je. Fami taktahu nak tulis ape. Just nak tekan keyboard ni puas2 before gi sekolah. Ye, esok dah kena masuk asrama balik. (N) . Ergh, nanti ade kejohanan hoki peringkat MSSD pulak. Then MSSK. Kalo lah boleh pegii.
Takkk. Hmm, sebenarnya Fami tengah gundah gulana. Taktahu nak habaq kat sapa. So, nak mudah, Fami nak taip je kat sini. Kalu orang yang Fami nak tuju terbaca entry nih, best. Biar dia tahu. Fami sedih tauu. Sakit hati. Sakit hati? Eh, tak pun. Sedih je banyak. Sedih gegilaa X(
Ni lah jadik perempuan. Mudah gilerr kalah ngan emosi. Tapi setakat ni, untuk pagi ni Fami still berjaya tahan...kot. Haih, entahlah. Susah betol manusia nih sorang. Aku dah cakap yang aku sayang dia, terima je lah. Tak payah laa nak....ape eh?
Hmm, cerita dia mulaa macam nih sebenarnye. Kami kawan rapat, teramat rapat. Dulu, ade masalah sikit mesty share kat dia. Dan dia tuh, lelaki. Ulangan, dia LELAKI. Dan Fami perempuan. Time gaduh dengan pakwe pun selambe je gi story mory dengan dia. Sekarang nih? Huh, susah betol =(
Rindu dia yang lame. Rindu Fami yang lame. Yang tak mudah menangis, yang tak mudah mengalah. Yang sekarang? Huh, cepat gegila terasa hati. Cepat je air mate jatuh. Kena marah sikit, mesti terasa hati yang amat. Hadoih, susah nye bila dah membesar macam nih. Macam mane nak jadi tough macam dulu balik wehh? Letih laa nak hidup macam ni.
Kalo lah lepas Fami cakap macam tuh, perasaan sedih nih hilang, takpe lah. Nih tak, mesti dia akan balas balik dengan something yang agak menyakitkan hati walopun ape yang dia cakap tuh, betul. Hailaaa. Susah sangat macam nih.
Tapi, dia memang suka bagi nasihat dengan care yang tak sepatutnye pun. Lepas dia cakap tuh, kena pikir dulu baru buleh terima apa maksud dia sebenarnya. Haaa, kan susah. Campur pulak kalo otak tengah serabut. Mesti rase nak marah orang jee. Memang otak tengah serabut pun sebenarnye.
By the way, esok birthday best friend Fami tuhh. Huhh, susahsusah. Dahlaa dia ade ramai peminat dekat sekolah. Am I jealous? Oh Nooooo! Tak jeles pung kayhh. Tapi, when something is mine, it is mine! Got that? So, sesape yang admire kat kawan baik Fami nih, mintak tolong, takpayah admire dia lah ekk. Mintak tolong kay?
Enough here meluah rase hati. Sampai bilabila pung takkan puas hati.
P/s : Best friend Fami --->
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 17:55 1 comments
Wednesday, 27 March 2013
Cross Country :D
Weeee XD
Assalamualaikum semuaa. Selamat Pagi jugakk!
Ape khabar korang sume? Ape cer sekarang nih?
#Blog dah berhabukk. Lame tak jenguk , tak singgah sini.
Sibuk campur malas nak menaip. Entah macam mane pagi ni tetibe ade mood nak menaip panjangpanjang :D
Well, err.
Fami dah lame tak menulis kat sini. So, otak pun dah hampir berkarat nak mulakan cerita macam mana. Ampunn yaa? Kalo takbest, jangan bace. Takreti nak bagi blog ni jadik manis. Ehehs. Lagi pun, "Saya Bukan Budak Suka Mengayat". Heh, tetibe je. Takde kaitan pun.
Hmm, actually kan, kan. Fami nak tulis pasal Cross Country nih. Sukaaaa XD Sebab, I LOVE RUNNING. Heeee.
Oke, key. Rase nye duluu Fami dah pernah post sikit pasal nih. Tapi, takpe. Let it go. Fami nak tulis jugak kali nih.
Mase rentas desa peringkat sekolah dulu, Fami just dapat nombor tigaa. Ulang, nombor tigaa jaa. Jatuh sikit daripada tahun lepas. Tahun lepas, nombor duaa. Perlukan ulangan ke? Takk kan? Jatuh. Tapi, still tak mematahkan semangat Fami untuk mewakili sekolah ke peringkat MSSD Machang.
And, Alhamdulillah tahun nih :) Jalan untuk rentas desa tuh mudah. Sebab straight sajaa. Yang last year, punye lah kena masuk ladang getah and so on. Tahun ni, best je lalu kat bawah jambatan. SMK Temangan jadik tuan rumah. So, kat peringkat nih, Fami mendapat tempat keenam. Last year, nombor duabelas. My bestie dapat tempat pertama. Congratulations for her success :)
Then, disebabkan mendapat nombor sepuluh terbaik mase MSSD, Fami dapat mewakili MSSD Machang ke peringkat MSSK. Wahh, gilaaa sukaaa XD Tapi, tapi. Sedih. Sebab taksempat training. Mase tuh baru balik daripada Kursus Kepemimpinan Ketua dan Penolong Ketua Rumah SBP or else lebih dikenali sebagai KESUMA. Balik KESUMA hari Rabu. Hari Khamis dan Jumaat cikgu takbagi training. Suruh rest sajaaa. Hari Sabtu dah bertanding. Sedihhh.
Tapii, takpe. Fami still dalam kelompok terbaik kot. Dapat nombor tigalima daripada seratus sepuluh peserta :D Kira okay laa tuh kan dengan tak training. Lagi pun, laluan rentas desa peringkat MSSK agak sukaar. Lari atas pasir, melalui Pantai Cahaya Bulan.
Hohohokey laa dulu kot setakat nih. Dah panjang lebar.
Japjap! Ade satu gambar.
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 17:44 0 comments
Thursday, 14 February 2013
Ketinggalan. Homecoming~
Assalamualaikum. Hai? Ape Khabar korang pagi Jumaat ni?
Ohyee, HOMECOMING tertinggal :(
Sebabnye, entry sebelum nih, Fami forgot to mention this event! It is one most important event kot. Alahaiii, pelupa betull.~ (Manusia, manusia~!)
Entry yang sebelumnya : KLIK SINI
Kami, ahli batch Zealous Army telah dibahagikan kepada 14 kumpulan (kalau tak silap). Dan Fami, berada di kumpulan nombor 7 :) Here some pictures :
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 16:52 0 comments
Wednesday, 13 February 2013
.___. TakTahu Nak Letak Tajuk Hape.
Assalamualaikum guys :)
It is quite too long that I haven't update my blog. So malas. Harap peeps sume pahamm. Lagipung, ni SPM year Fami. So I couldn't take so much time on surfing internet. Need to focus on studies (Tapi, tapi, tapi.. itukah yang Fami lakukann?) No one knows. HAHA.
2013.
It should be a very challenging year for me. Yeah, challenging. Memang challenging. Heh, Fami! Ape ni duk main challenging2 ni?! Oke, oke. Dah. Melalut je keje Fami neh. Angau kah? Mak aihh. Susah betol lah. Oke, done Fami. Shut up!
Haisssh. Fami nak cite siket pasal event kat SMACH terchentaa. Dah taknak melalut dah. First, macam tahun2 sebelum nih, The Form One Orientation Week. Pelbagai ragam, karenah dapat dilihat. The most important thing is, bebudak ni HOMESICK. Tambah2 pulak, The Orientation Week berlangsung selama dua minggu. Memang kebosanan tahap melampauu kalau Fami jadik one of bebudaks tuhh. Two weeks kot. By the way, tahun nih, Fami tukaa nama untuk orientation week. Last year, tak tukaa. So, Fami tukaa name dengan kawan, Ika Syairani. Then, then name kitorang jadik macam ni, Farah Syairani Caruso binti Ismail Abidin Caruso and Ika Syamimi Caruso binti Ismail Abidin Caruso. Name Caruso diambil sempena nama David Caruso.
Seriuosly, orientation this year, takberapa seronok. Jujur, TAKSERONOK! Tambah2 pulak, malam kebudayaan menjadi petang kebudayaan. Memang berasap kot duduk dalam dewan time petang2. Haih. Redho je lahh.
Next event is, CROSS COUNTRY :3
Sukaaaaa dengan event nim. Sebab nye, sebab nye, Fami suka lariii :) Tapi, tapi. Fami takdapat nombor satu pung. Just di tempat ketigaa. Alhamdulillah. Lagi satu, I really love this event because.....MY HOUSE JOHAN KESELURUHAN :) Tambah2 pulak, Fami Penolong Ketua Rumah untuk rumah Fami. Memang bangga dengan anak2 buah. Thanks korang! Ketua Rumah Fami, Amran? Dia tak dapat nombor pung kott. Tapii, boleh nampak lah hidung kembang dua inci. HAHA. (Mere, jange maroh (:) Plus, then buley represent school untuk cross country. And, and Fami dapat tempat keenam. Bahagia lulz! And once again, SMACH dapat Johan Keseluruhan. Thanks Mr Saimizi sebab percayakan kitorang. <3 cikguu!
MAULIDUR RASUL.
For this event, hmm. My house just mendapat tempat keempat. Meaning to say, tempat last. Tapi, tapi, Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanye. Kan, kan? So, No hal laah Murad Noor members. Jom, jom usaha lagi untuk menaikkan nama rumah. Tapi, make sure kita bersaing secara sihat laa. Takmo laa sabotaj.
Lagi, event yang best. Hmm, BR1M kot. Yang tuu, sume orang best. Dapat duit kot. Haha.
Ape lagi eyy? Ouh, yee. Last day at school before CNY hols, Runding Cara Akademik bagi pelajar tingkatan 5 dan 3. Mase ni lah, cg2 nak report perangai pelajar dalam kelas. And, Alhamdulillah. Sume yang Fami dapat, komen positif :)
Enough here I guess. Dah panjang yang teramat sangat kot. Kbyee.
Hope Fami ade idea untuk entry yang seterusnyaa.
Assalamualaikum.
.FarahSyamimiIsmail.
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 19:15 0 comments
Saturday, 29 December 2012
Last Touch ^^
Assalamualaikum.
Nak tahu kenapa tajuk entry nih "Last touch"?
Sebab...Maybe this entry will be the last one before I go to my beloved school - The Science Machang Secondary School. ( "THE"? Betapa besarnya mandat sekolah Fami mendapat itu. )
Well, heyhey! 2012 almost at the end. Tinggal sehari lagi nak sebelum betulbetul jadik Form 5. Uarghh! Rase macam seakanakan baru semaalm duk main kejar2 ngan adik Fami.
Cepatnye mase berlalu. Ke Fami yang tak pernah nak sedar? Mungkin kot. Kan? Haissh, bile dah nak naik Form5 nih, perkara yang memenuhi fikiran Fami ialah SPM! SPM, SPM and SPM!
Nyah kau SPM! Buat penuh kepala hotak aku saja.
Kan Best kalo buley je halau SPM macam tuhh. Plus, niat di hati, I wanna beat my sister. She scored 8A+ 1A in her SPM. Fami? Of course nak beat dia dengan 9A+! InsyAllah :)
Tapitapitapi kann, (stil ade tapitapi?) ermm. Nak dapat tuh kena usaha. And salah satu usaha ialah siapkan homework. Kan?
Oh My! SIAPKAN HOMEWORK? My homework takdek satu pung yang siap. Bagusnye Fami. Cikgu sayang, bagi pelempang. Hehe.
Entahapeapentah Fami duk melalut nih. -.-'
Taktak, actually Fami tengah fikirkan cara macam mane nak packing dengan cepat dan pantas tanpa letih. Esok dah nak pegi asrama sebenarnya. That's why fikiran tak berapa nak betul. (Erk, itu kah?)
Mengarut saje keje Fami neh. Otak tengah jam la nih.
Wallaweyy. Afunde tah.
Dahlah. Dah semakin mengarutt. Oke lah. Selamat Tahun Baru 2013.
Selamat Belajar dan Berjaya kepada semua.
Papai 2012. Welcome 2013.
Doakan kejayaan Fami dan sahabat2 fami dalam mengharungi tahun 2013. Semoga segalanya baik2 sahaja.
Doakan juga Fami menjadi pemimpin yang baik dan adil. Doakan prefects organisation SMACH 2013 dan seterusnya berjaya dalam mendisiplinkan para pelajar dan lain lain lagi.
Kbyeeee :(
Assalamualaikum.
Keyboard ditekan oleh Miss Lolly at 20:25 0 comments








