BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 23 March 2014

Tips Oh Tips :)

Assalamualaikum and hi buddies!

Hope tak terlambat to congratulate all the SPM leavers for their result. CONGRATULATION! Sebab dah empat hari berlalu. Busy. Haha. Too much work to be done.

Masa untuk berfikir. Untuk course yang perlu di ambil. Pilihan tempat. Scholarship. Sponsorship. Tanya opinion seniors, sisters, brother, teachers and families. Semua opinion itu diambil kira. Yang baik mahupun yang buruk.

Well, sebenarnya kaaaaan. Result aku? Alhamdulillah yang teramat! Nak tahu ke? Biasa2 je. Macam orang lain. Ini semua rezeki yang ALLAH bagi :D

Nak tahuuu? Haha. Takpayah lah. Tak penting pun kay.

Sekarang ini harus difikirkan, ke mana harus kubawa diri ini? Langkah apa yang sepatutnya aku ambil untuk hari mendatang.

Ekshelli, kat sini kan aku nak lah jugak share tips aku study cemna. Study smart not study hard. This is serious talk! STUDY SMART not STUDY HARD. Kenapa dan mengapa?

Sebabnyaaaa, bila kita study smart kita nampak apa yang kita tak faham. Kita tahu apa yang kita taktahu. Bila study hard, kita akan study without perancangan. Eheh, jangan salah anggap. Ini pendapat gue semata-mata. Lain orang, lain gaya pemikiran. Jangan marah kalau ini tidak sama seperti yang anda fikirkan. *SENYUM*

Khas ditujukan bagi mereka yang sibuk dengan aktiviti di luar bilik darjah ketika hari persekolahan. Sebagai contoh, anda adalah seorang pemain bola yang hebat. Anda sentiasa meninggalkan PnP kerana terpaksa menghadiri latihan bagi mewakili daerah atau negeri. Oleh sebab itulah kan anda banyak ketinggalan.

Aku pun sama. Aku menulis ini berdasarkan pengalaman. So, mengikut apa yang telah aku lalui, tidur di dalam kelas adalah diharamkan. HARAM okay. Kalau tido, mana mungkin donk kamu dengar apa yang dibicarakan oleh guru-guru.

Menipu lah kan kalau tak mengantuk dalam kelas. Aku juga manusia biasa. Mengantuk itu normal. Espeshelli bila cikgu yang sedang mengajar itu bersuara lembut, perlahan seakan membuai tido. Arghh, hampir sampai ke tanah mimpi dibuatnya. Muahaha. Overdose je. JK.

Oleh yang demikian, bawaklah air mineral ke sekolah. Bukan untuk berbangga, tapi aku bawak air dua liter ke kelas. Ini serius! Mengantuk je minum air. Takpun, bawaklah gula-gula masuk kelas.

Habis dah bab mengantuk nehhh -.-'

Seterusnya, chewaaaah. Aku ni pemalu tauuu. Jarang2 je gi tanye cikgu. Dan ternyatalah ini bukan satu sikap yang baik kay. Tanye je laaa cikgu kalau takfaham. Konfem! Cikgu tak makan korang. Ngeheeee. Tapi, aku lebih suka tanye kawan :D Ini cara aku. Korang nak lebih faham, tanye la cikgu kaaaay? Sebab sebenarnya, bila kita tanya kawan, dia tak semestinya dapat 100% apa yang cikgu ajar.

Katakanlah, dia dapat 80%. Kalau korang tanye kawan korang, korang mungkin dapat peratusan yang lebih rendah (ini Umi yang bagitahu aku).

Di samping ituuuu, kerja rumah, kerja sekolah, latih tubi etc etc jangan buat tauu. Eh eh silap. Jangan LUPA buaaaaat. Dulu, sebab tak siap kerja laaa aku failed satu subjek nih. Selalu je kena bebel ngan cikgu. Malas, malas dan malas betul. Tapi, bila dah failed sekali tuuu, dalam hati aku, ini yang first dan ini yang last aku failed. And Alhamdulillah. Allah bagi rezeki aku lulus untuk exam yan seterusnya. Lulus - 40%.

Satu lagi kan, korang kena ingat lah. Belajar bukan sebab SPM. Kalau belajar sebab SPM, tak kemana ilmu yang dapat tuuu. Terus je aplikasi dalam kehidupan. Contoh la kan kalau korang nak study Biologi. Korang buat je eksperimen atas diri korang. Lebih mudah, cepat dan berkesan. Niatlah belajar tu kerana ALLAH. Belajar kan ibadah. Ilmu dapat, pahala dapat.

Yang penting, jaga hubungan dengan cikgu2, dengan kedua ibu bapa, dengan rakan2 sekeliling. Mintak maaf dan sentiasa memaafkan. Tak rugi pun! Untung ade :D Ini betul2 serius okaaaay!

Before habih sekolah nih, takpayah duk fikir jodoh, suami, isteri, anak lagi laaa ye budak-budak ye. Siapa yang rugi? Tunjuk pada diri kamu sendiri. Okay? Solat kena jaga. Bila solat dah terjaga, insyaALLAH, ALLAH jaga kamu dari segala kecelakaan, kemaksiatan :')

"Sampai di sini kisah kita. Jangan tangisi keadaan nya..."

Hahahaha. Okay babai bebeh! Jumpa lagi nanti.

Btw, pesanan last. Kita usaha. Lepas usaha, tawakkal. Mintak pada ALLAH. Sebab, sekuat mana pun kita usaha, kalau ALLAH kata belum masanya, kita kena redha :')

DIA lebih tahuuu. Senyum.

Assalamualaikum. See ya!

0 comments: