BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 8 March 2014

Sharing is Caring. I share because I care.

Assalamualaikum and good morning people :)

I wanna share something today. Hoping that it will be useful to you, people.

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.

Dulu aku begitu sekarang aku begini. Aduhh, entri ku ini bukan nya untuk membuka pekung di dada. Tapi ku mahu berkongsi kisahku ku ini agar dijadikan pengajaran.

Moga Allah menyentuh hati kalian.

Aku yang dulu.

Couple? Aurat tak terjaga ngan baik? Solat dipandang ringan? Itu biasa bagi aku yang dulu. Sungguh. Andai mampu memutarkan balik waktu, aku tidak ingin memilih jalan itu.

Tetapi, kerana hal itu berlaku dalam hidupku menjadikan aku seperti hari ini. Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah.

Hari ini aku ingin menyentuh perkara yang mula2 sekali aku tulis which is 'couple'.

Hakikatnya, ramai yang tahu Couple itu hukumnya HARAM walaupun kamu berniat untuk menikahinya. Kenapa? Kerana Allah telah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 32 : Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya ia (zina) itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. 

Dulu, aku juga buta dengan mainan dunia. Sudah di ingatkan di dalam Al-Quran agar tidak menghampiri zina. Astaghfirullah. Kuatkan hatiku ya Allah. Biar cintaku hanya kepada-MU, Rasulku, kedua ibu bapaku serta sahabat-sahabatku buat masa sekarang.

Kerana apa? Kerana aku berfikir menggunakan akal yang diberikan oleh-NYA. Cuba tanya pada diri kamu (especially yang couple), "Macam mana kalau aku mati tanpa sempat bertaubat? Macam mana kalau aku mati dalam kekufuran?"

Adakah kamu merasa hidup kamu masih panjang? Fikirkanlah. Kita taktahu pun masa bila nyawa kita akan di ambil, di mana atau bagaimana. Dalam kemalangan kah? Dalam sujudkah? Kita tidak pernah tahu. Itu semua rahsia Allah.

Astaghfirullah T.T

Bertaubat lah sebelum terlambat. Sebelum nyawa berada di halkum. Sebelum matahari terbit dari barat. Allah tahu apa yang ada di hati kamu.

Aku ingin berterima kasih yang amat tak terhingga kepada sahabat-sahabatku yang setia di sisi diri ini walaupun ketika aku dalam kekufuran. Mereka sabar dengan aku. Ya Allah. Terima kasih kerana menghantar mereka sebagai temanku. Aku terpikat dengan sikap mereka yang jelasnya menarik minatku untuk kembali ke pangkal jalan.

Alhamdulillah. Allah telah membuka hatiku. Semoga Allah turut membuka pintu hati kalian.

Lagi, aku bukan ingin memburukkan sesiapa. Tetapi, kamu boleh ambil kisah di bawah ini sebagai pengajaran.

Pertama sekali, Allah berikan aku pengajaran berdasarkan pemerhatianku terhadap rakan-rakan di sekelilingku. X, bukan nama sebenar. X bukanlah dalam kalangan top 50, top 10 jauh sekali. Tapi kerana usahanya menjaga hubungan dengan Allah, aku dapat melihat X seorang yang cepat memahami apabila dia bertanya. Aku dapat lihat ketenangan di wajahnya. Betul, semua itu terpancar di wajahnya. Aku doakan agar sahabatku ini berjaya mendapat straight A plus.

Yang keduanya, S (bukan nama sebenar) juga bukanlah dari kalangan top 50 mahupun top 10. S seorang yang rajin bertanya. Tapi, soalan yang S tanya biasanya soalan yang sama. Aku nampak, S sukar untuk memahami apa yang di ajar oleh guru. Setelah ku selidiki, rupa-rupanya S seorang yang memandang ringan akan solat. Dan aku selalu nampak, S sukar untuk menerima if something bad happen. Tak ternampak ketenangan di raut wajahnya.

Nampak tak bagaimana orang yang menjaga hubungannya dengan Allah dan yang tidak menjaga hubungan dengan Allah?

Allahu rabbi.
Allah Tuhanku.

Yakin dan percayalah dengan-NYA!

Terima kasih sahabat-sahabatku! Nadia Syahira, Aisah, Al-Fatah, Nabila Faqihah, Shahirah Hafizah, Faiz Aimi, Mujahidah, Tuan Shahirah, Izzatul Najwa, Nuzul Fatihah, Syakilla, Raja Nuraini, Fatin Amirah, Syahidah, Atikah, Aiman Farid dan beberapa orang lagi.

Terima kasih untuk nasihat. Untuk teguran. Moga Allah menjaga kalian.

Assalamualaikum :)

Aku sayang sahabat-sahabatku!

0 comments: