BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 5 February 2014

Celoteh.

Assalamualaikum duniaaaa :)

Biasalah kan, lame tak menulis then mari lah idea. Rase cam nak menulis. Dan sekarang, Aku tengah tekan keyboard komputer. Too much perkara yang berlaku. Banyak yang boleh dijadikan tauladan.

So, sila baca ye. Yang mane baik, amik. Yang mane buruk, tinggalkan. Sebabnye, segala yang baik, datang dari-NYA and segala yang buruk datang dari diri ini sendiri.

Topik yang ingin diketengahkan ini bukannye topik baru. Dah lame dan masih tetap berlaku hari ni. Dan rase nye sampai ke hari akhir bumi ini, perkara ini akan terus terjadi. Astaghfirullah hal azim.

Remaja zaman sekarang, termasuk Aku and mereka yang berusia antara 13 hingga 20 ramai jadikan benda tuh sebagai trend. Macam la takboleh hidup kalau takbuat benda tuh. Lupa ke? Awak semua hidup berbekalkan oksigen. Yang diberikan percuma oleh-NYA kepada hamba-hamba-NYA ni.

Okay, okay. Nak gi straight kepada apa yang aku nak celoteh kan hari ni. It is all about C O U P L E.

Uh, huh! Maaf ehh kalo kata-kata aku lepas ni boleh mnyebabkan para pembaca nak marah. Benda ni trend kan sekarang? Budak-budak pun reti.

Ramai yang tahu Couple ni haram. Tapi, masih ramai yang buat. Yang ikut. Tambah-tambah pulak dah masuk bulan Februari ni. Mesti dah fikir pasal Hari Valentine. Adoyaiii, bulan sepuluh nanti, beribu-ribu lah anak luar nikah. Astaghfirullah.

Ehemm, ade antara kawan aku sendiri yang cakap, "Aku kapel ngan dia memang niat nak kawen je. Ikut lah pape jadi, memang aku nak kawen ngan dia." Oii cik kak, awak ke yang aturkan jodoh awak sendiri? Semua tu dah tertulis lah kat Luh Mahfuz.

Lagi pula, kalo lelaki tuh betol-betol sayang awak, takkan lah dia boleh ajak kapel. Nampak sangat dia tak sayang awak. Buktinya, dia nak jauhkan awak dari Allah dengan berkapel. Or awak nak katekan, dia selalu ingatkan awak pasal solat, puasa etc? Kalo macam tuu, mesti dia sendiri akan jaga hubungan dia dengan Allah which is tak mungkin dia ajak awak kapel.

Nampak tak permainannya kat situ? Jangan nanti para lelaki ni buat bagai habis madu sepah dibuang sudahlah. Nasik dah jadi bubur takboleh nak tukar jadi nasik balik. Kena masak yang lain lah jawabnya. Tak nampak lagi?

Tengok sini 17:32 :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Kalo awak nak cakap, "Kapel je, bukan zina pun." Eh, eh cuba tengok balik terjemahan ayat di atas, 'janganlah kamu MENGHAMPIRI zina'. Kapel tu, salah satu cara nak dekatakan diri pada zina lah tu.

Duhai lelaki, kalo betol-betol sayangkan perempuan tuu, jangan mintak kapel. Pergilah ke rumahnya, bertemu dengan kedua ibu-bapanya. Mintak izin nak buat jadi isteri. Then, no direct contact with her. Kalo pape, contact mak ayah dia. Takpun, bagitau mak ayah korang suruh bagitau dia. Susah?

Memanglah. Sebabnya, jalan ke syurga dipenuhi dengan duri. Manakala jalan ke neraka dipenuhi nafsu syahwat. Sebab tuu susah sebab penuh duri. Kita kan same-same nak masuk syurga.

Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Beramal dengan ilmu. Ni sedikit sebanyak je yang aku boleh share. Till next time, insyAllah.

Assalamualaikum.

fsi.060214.