BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 10 December 2012

Quartet!

Assalamualaikum. Hai guys. Long time no see you.

Yelaa sangat. Tetibe semangat nak mengupdate blog hilang sebab komputer kena sambar petir. Grr, habiss kerja sekolah Fami hilang. Memang lah salah Fami jugak sebab tak save dalam pendrive. Tapi ape kes budak tuu online sampai kena sambar petir.

Geram! Dahdah. Yang pasti, Homework dah seminggu tarak sentuh. Hehe. Semuanya disebabkan komputer kena sambar petir and mood untuk melakukan segala kerja turut hilang.

Oke Fami. Dahdah lah pasal ni. Aishh, benda dah berlaku pun. Baik straight to the point.

Err, guys? Sorry. Haha. Nak membebel duluu. Tapi sekarang dah habess.

Quartet. Ape yang korang paham dengan perkataan tuh? Kalo ikut pemahaman Fami, quartet nih benda yang ade empat. Ikot lah kembar empat ke, kawan empat ke. Rase nye lah. However, yang Fami nak cerita kat sini ialah, Quartet ni ialah..............


Sebuah novel!!

This novel really macam ade kena dengan Fami. Tengok cover novel ni - 4 musim. So, Fami guess maybe sebab tuh kot novel ni di beri name Quartet.

Watak utama citer ni, Misa or her name Rumaisa. She is a girl whom study abroad. Dia mudah fall in love. Dan dia bukan fall in love yang main2 tau. Lebih kurang macam, dia bukan sekadar suka tapi cinta. And dia sentiase berangan2 untuk bersama dengan lelaki yang dia cinta ituu.

Dan sekali lagi, sebab novel ni diberi nama Quartet ialah kerana, lelaki yang muncul dalam hidup Misa ni pun ade empat orang.

Fami still remember name2 mereka. They are Fadhil, Bilal, Ustaz Mustaqim and lastly Irfan. Meh nak describe serba sedikit pasal mereka.

Fadhil : Misa punyer crush before dia fly pegi oversea. Clash bcuz this boy curang.

Bilal : Mula2 nya bcuz Bilal nih terhutang duit dekat Misa. Tapi dia tak sempat ucap terima kasih. Bilal merupakan seorang hamba allah yang sangat baik pada pandangan Fami. Sebab dia mengambil berat tentang hutang tuuh. Tapi, last2, Misa kecewa kerana Bilal bagi kad kahwin dia dengan orang lain kepada Misa.

Ustaz Mustaqim : Guru di tempat ibu saudara Misa mengajar. Misa menjadi benci kepada lelaki ini kerana lelaki ini seorang perokok! (Fami pun benci perokok!)

Irfan : This man suka mengusik Misa sejak zaman persekolahan. Dan menjadi teman maya kepada Misa semasa belajar di luar negara. Mereka dipertemukan semula ketika majlis perkahwinan salah satu watak dalam cerite nih (wargh, Fami lupe name watak tuuh!). So, Irfan ni lah yang last2 jadik suami Misa.

Tapi, ni bukan ape yang Fami nak cakap. Yang sebenarnya, jalan cerita nih. Mengisahkan perjalanan hidup Rumaisa yang berubah. Daripada seorang yang tidak pakai tudung kepada seorang yang mampu menjadi imam dan memberi tazkirah kepada orang lain. 

Fami pun kalau buleh nak berubah. nak jadi kuat macam Rumaisa ni jugak! Dengan sahabat2 yang sentiasa ade through thick and thin. Nak orang yang boleh mendengar dan menerima pandangan kita. Huhu.

Ok lah. time to go. dah lewat nak solat Asar dan riadah pulak!

Kbyee, Assalamualaikum ;)

0 comments: